Peta Laman | Maklum Balas | Mobile Web Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 AAA
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera (UPUB), Jabatan Ketua Menteri Sarawak
Pautan ke RSS Berita Pautan ke RSS Aturcara Kemaskini Pada: 13 Jun 2013
Versi 4.3.6a
Polisi Keselamatan | Terma & Syarat | Polisi Privasi | Penafian | Notis Hak Cipta | Soalan Lazim

 
Carian
 

SISTEM PENDAFTARAN & PEMANTAUAN KEUSAHAWANAN

Picture 


PIAGAM PELANGGAN

Picture Piagam Pelanggan

 

Pencapaian:Piagam Pelanggan


PENSIJILAN ISO

Picture


LOGO 5S UPUB

Picture


POLL
Apa pendapat anda tentang laman web ini?

LAGI...

INTRANET SINGLE SIGN ON

PictureStaff Webmail

Picture


slide_51a6fd0f43a3c.jpg
slide_519b194d90473.jpg
slide_517123e45202c.jpg
slide_515cea663e24f.jpg
slide_50d3bfd5057b6.jpg
slide_503dbe991eae8.jpg
slide_516912e2396d7.jpg
slide_4f9e0ae52effb.jpg
 

Sistem Pendaftaran dan Pemantauan Keusahawan (EDS)

Sistem Pendaftaran Dan Pemantauan Keusahawanan (EDS)


Program Latihan Peningkatan Kemahiran (LPK) 2013

Muat Turun Borang  <TEKAN>


Showcase Usahawan Bumiputera Sarawak 2013



PENGUMUMAN
» Kursus Asas Keusahawanan, Bahagian Sarikei
» Sambutan Perayaan 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia 2013
Arkib

BERITA & AKTIVITI
Industri perhotelan Sarawak dijangka terus berkembang
13 Jun 2013

KUCHING: Industri perhotelan di Sarawak dijangka terus berkembang berdasarkan peningkatan jumlah kemasukan pelancong yang kian meningkat saban tahun.

Kementerian Pelancongan Sarawak, menurut buku Inside Sarawak 2013 yang baharu dilancarkan semalam, negeri ini menyaksikan ketibaan pelancong seramai 4.07 juta pada tahun 2012.

Manakala pada 2011, Sarawak mencatatkan kemasukan 3.79 juta, berbanding 3.27 juta pada tahun sebelumnya.

Laporan bertajuk Hotels: Occupancy rising itu berkata, pertambahan jumlah pelancong itu mendorong pembukaan hotel berjenama besar dan hotel butik beberapa tahun kebelakangan ini.

Hotel The Sheraton beroperasi pada 2008, disusuli Pullman pada 2009 dan Abell pada 2011.

Dalam segmen hotel butik, Basaga Holiday Residence dan Hotel Lime Tree memulakan operasi pada 2009 diikuti Hotel Batik Boutique dan Dorset Boutique pada 2010.

Tune Hotel Waterfront Kuching dan 360 Xpress City Center turut memeriahkan industri perhotelan mulai 2009.

Data terkini oleh Pusat Maklumat Hartanah Negara bagi industri perhotelan menunjukkan kadar penginapan bertambah baik, susulan hotel tiga hingga lima bintang mencatat kadar penginapan antara 60 dan 65 peratus, dengan sasaran kerajaan terhadap kemasukan pelancong pada 2013, dan disokong penerbangan tambahan ke Kuching oleh syarikat penerbangan rantau ini.

Komited perkukuh ekonomi
13 Jun 2013

TUMPUAN PELABUR: Taib serta isterinya, Puan Sri Ragad Kurdi Taib memerhatikan poster mengenai pelancaran buku Inside Sarawak 2013 oleh Inside Investor di Kuching, semalam.

Sarawak perhebat kerjasama, jalinan pelaburan dengan Timur Tengah: Taib

KUCHING: Sarawak komited untuk memperkukuhkan hubungan ekonomi dengan Timur Tengah dalam usaha menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, meskipun hubungan dengan Timur Tengah telah terjalin sejak sekian lama, tetapi sekarang tiba masanya untuk memperhebatkannya, memandangkan ramai pelabur dari kawasan berkenaan berminat untuk melabur di Asia Tenggara.

“Sejak dua, tiga tahun lepas, kita menerima sokongan serta kerjasama yang baik dengan Inside Investor atas sebab mudah, iaitu kita ada persefahaman tinggi mengenai penekanan kepada usaha untuk menarik pelabur dari Timur Tengah datang ke Asia Tenggara.

“Hari ini saya menyatakan sekurang-kurangnya ada sesuatu yang konkrit sedang berkembang antara Sarawak dan Qatar dan kita sudah mengenal pasti bidang mana yang kita mahu jalinkan hu-bungan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan buku Inside Sarawak 2013 yang diterbitkan Inside Investor dan dihadiri Pengarah Urusan Inside Investor Ltd Imran Saadique di sini, semalam.

Taib berkata, pelancaran buku itu mampu menjadi pemangkin kepada lebih banyak urus niaga lain antara Sarawak dan Timur Tengah.

Kata beliau, Sarawak menawarkan banyak peluang khasnya berikutan pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang membolehkan banyak pihak mengambil bahagian dalam pengembangan dan pembangunan yang menawarkan pelbagai peluang perniagaan.

Tambahan pula, kata beliau, Sarawak mempunyai perancangan berterusan untuk 20 tahun akan datang termasuk mewujudkan tenaga hidro melalui beberapa empangan yang akan meningkatkan kuasa sehingga 20,000 megawatt, manakala 5,000 megawatt dijana daripada sumber arang batu.

“Malah ia memerlukan banyak pembiayaan dan berdasarkan pengalaman kami dalam pembangunan Empangan Murum, kami mendapat sambutan baik dari pasaran kewangan,” jelasnya.

Sementara itu, Taib berkata Taman Perindustrian Samalaju yang dilancarkan kira-kira dua tahun lalu kini mempunyai hampir 9,000 hektar estet perindustrian dan dilengkapi pelabuhan yang bakal beroperasi menjelang Disember depan.

Kata beliau, peringkat pertama pembangunan Samalaju telah membolehkan Sarawak menarik pelaburan bernilai sekurang-kurangnya RM4 bilion.

“Namun masih terdapat banyak permohonan untuk menubuhkan industri di kawasan Samalaju pada masa akan datang yang dijangka mampu mencapai lebih daripada RM20 bilion,” katanya.

Imran dalam ucapannya berkata, Sarawak merupakan contoh terbaik kepada negeri-negeri di Malaysia serta Asia Tenggara apabila muncul antara negeri yang mencatatkan pertumbuhan ekonomi paling positif.

“Sejak 30 tahun lalu, Sarawak membangun dengan baik termasuk dari segi pertumbuhan ekonomi yang membawa manfaat dan peluang perniagaan kepada rakyatnya,” katanya.

Dalam pada itu, Sarawak dijangka muncul sebagai antara tiga negeri yang menjadi penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Jangkaan itu menurut buku Inside Sarawak 2013 adalah berdasarkan keupayaan SCORE dalam memacu pertumbuhan KDNK hingga enam peratus pada tahun 2015 berbanding lima peratus pada tahun 2012.

“Pada masa sekarang, Sarawak menyumbang kira-kira 9.5 peratus terhadap keseluruhan KDNK sebenar Malaysia.

“Sumbangan KDNK Sara-wak pada 2012 cuma berada di kedudukan selepas Selangor, Johor dan Pulau Pinang,” kata buku tersebut dipetik menerusi artikel Sarawak Outlook.

Sebagai negeri terbesar dalam Malaysia dan mungkin negeri terkaya, Sarawak kini di landasan betul ketika negara berada di pertengahan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang mula dilaksanakan pada 2010.

Majoriti perbelanjaan kerajaan menerusi RMK10 disalurkan bagi memperbaiki infrastruktur terutama peng-angkutan, pengurusan urbanisasi dan menukar Sarawak sebagai hab industri tenaga.

“Dengan SCORE sebagai pemacu pertumbuhan, Sara-wak berupaya mencapai enam peratus KDNK pada 2015,” katanya.

Ekonomi Sarawak tumbuh lima peratus pada 2012, antara yang terpantas di kalangan negeri-negeri lain Malaysia, malah di ASEAN.

“Perkembangan sihat itu ditunjangi oleh kekukuhan permintaan domestik dijana aktiviti-aktiviti ekonomi daripada pelaksanaan SCORE dan projek-projek RMK10,” ujarnya.

BERITA ARKIB  
 

KALENDAR AKTIVITI
 


Showcase Usahawan Bumiputera Sarawak 2013
20 - 23 Jun 2013

Kursus Asas Keusahawanan, Bahagian Sarikei
27 - 29 Ogo 2013
LAGI...

NOTIS TENDER / SEBUT HARGA
 

-TIADA BUAT MASA INI-


PENERBITAN BERKALA
 



HUBUNGI KAMI
 

PicturePicturePicture

Pengarah

Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera (UPUB),
Jabatan Ketua Menteri,
Tingkat 12, Wisma Bapa Malaysia,
93502 Petra Jaya,
Kuching.

map marker [MAP]

Phone Tel : +6082-441957
Fax Fax: +6082-449079
Mail Email: margafag@sarawak.gov.my

Waktu pejabat 
Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 petang
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Laman Web : www.upub.sarawak.gov.my

 Facebook: UPUB

 


STATISTIK
 
online visitor Pelawat Dalam Talian 2
total visitor Jumlah Pelawat 29300
  LAGI...

Pautan ke Pautan ke Portal Kerajaan MalaysiaPautan ke Pautan ke Portal Kerajaan SarawakPautan ke Pautan ke Portal Ketua Menteri SarawakPautan ke Pautan ke Portal Setiausaha Kerajaan SarawakPautan ke Pautan ke Portal Talikhidmat